Thursday 11 August 2011

sedih oh pedih!

Assalammualaikum w.b.t.h,

Semalam saya menerima e-mel dari sahabat saya yang menforwardkan kisah benar yang berlaku pada awal bulan April 2011. Saya membaca cerita itu dengan penuh kusyuk sebanyak 4 kali dan sebanyak 4 kali juga ia membuatkan air mata saya mengalir. Kisahnya merupakan kisah seorang ibu yang telah menjalankan tanggungjawabnya melebihi 100% untuk menggembirakan hati anaknya sehingga anaknya menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 9 April 2011. Yang membuatkan saya menangis membaca cerita tersebut adalah kerana ketabahan ibu itu sendiri dalam menjaga anak yang sememangnya daripada lahir lagi anaknya itu menghidapi 5 jenis penyakit yang hanya boleh bertahan sekejap sahaja selepas lahir. Namun kuasa tuhan yang mengatasi segala-galanya, anak itu dapat hidup sehingga usianya mencecah 4 tahun. Perjalanan ibu tersebut dalam membesarkan anak istimewa ini amat mengagumkan saya kerana saya melihat daripada segi ketabahan, keredhaan dan juga kasih sayang yang wujud ada pada ibu itu walhal dia mengetahui bahawa anak istimewa ini akan pergi pada bila-bila masa namun dia tetap terus cuba untuk memberikan yang terbaik untuk anaknya.

saya cuba membayangkan sekiranya saya berada di tempat ibu ini, dalam hati saya tertanya-tanya adakah aku mampu menjadi setabah ibu ini. entahlah wallahualam. bila saya membaca kisah tersebut tiba-tiba terlintas di kotak pemikiran saya, anak yang saya hantar kepada rumah ibu saya sementara saya keluar bekerja. satu perasaan yang luar biasa saya alami dimana saya terasa ingin saya pulang ke rumah secepat yang mungkin untuk memeluk dan mencium anak saya. saya sebenarnya rasa bersalah pada anak saya kerana setiap kali dia melakukan perkara yang tidak saya sukai,  saya akan marah dan memukul. Namun pukulan tersebut tidak lah sampai mencederakan sebaliknya dipanggil pukulan sayang namun kesannya tetap ada. saya sedari, setiap kali saya marah dan memukul anak saya, terdapat perubahan emosi yang berlaku pada diri anak saya. Kecenderungan untuk anak saya melakukan perkara yang saya tidak sukai berlipat kali ganda berlaku. malah dia akan merengek tak tentu pasal dan mula mencederakan diri sendiri.

Disebabkan itulah setelah saya membaca kisah ibu tadi, saya bermuhasabah diri dan mencari cara yang bagaimana yang boleh menggembirakan anak saya dalam melaksanakan tanggungjawab saya sebagai ibu. bukan senang untuk mendidik anak, membuat anak gembira terutama sekali bagi anak yang sedang sakit. bagi pendapat saya, pengorbanan seorang ibu tidak berbelah bagi malah kasih sayang seorg ibu juga melebihi kasih sayang daripada seorang bapa sama ada ianya untuk anak perempuan baik untuk anak lelaki. ini kerana anak-anak ini sentiasa berada disisi ibu sejak dari dalam rahim lagi sehinggala usia mereka meningkat remaja. kita harus ingat sewaktu kecil ibu lah yang menyuap nasi ke dalam mulut, ibu lah yang terlebih dahulu yang berada di hadapan sekiranya anak itu sakit, ibulah peneman diwaktu tidur dan ibulah segala-galanya bagi seorang anak. Tanpa ibu siapalah kita.

untuk para ibu yang berada diluar sana yang mengalami situasi yang serupa dengan cerita yang telah saya baca. Percayalah pengorbanan anda tidak akan sia-sia. bagi ibu yang beragama islam, insyaallah pengorbanan anda akan dibalas diakhirat. saya juga berharap agar saya dapat menjadi ibu yang baik dalam mendidik anak-anak dan juga dapat menjadi ibu yang tabah seperti ibu tadi. saya mendoakan arwah adik fahreen tenang berada disana. buat ibu arwah adik fahreen Pn. Jamilah sesungguhnya anda sememamgnya seorang ibu yang tabah. Mungkin anda akan sentiasa teringat keletah arwah dan itulah naluri keibuanebenar yang penuh kasih sayang  dan tidak berbelah bagi. Berikut adalah gambar arwah yang sengaja saya jadikan wallpaper pada komputer saya untuk mengingatkan saya ketabahan ibu arwah dalam menjaga arwah semenjak arwah lahir sehingga arwah meninggalkan dunia yang fana ini. Al- Fatihah buat arwah.....


                              gambar adik iqbal fahreen ketika di IJN



No comments:

Post a Comment