Thursday 11 August 2011

sedih oh pedih!

Assalammualaikum w.b.t.h,

Semalam saya menerima e-mel dari sahabat saya yang menforwardkan kisah benar yang berlaku pada awal bulan April 2011. Saya membaca cerita itu dengan penuh kusyuk sebanyak 4 kali dan sebanyak 4 kali juga ia membuatkan air mata saya mengalir. Kisahnya merupakan kisah seorang ibu yang telah menjalankan tanggungjawabnya melebihi 100% untuk menggembirakan hati anaknya sehingga anaknya menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 9 April 2011. Yang membuatkan saya menangis membaca cerita tersebut adalah kerana ketabahan ibu itu sendiri dalam menjaga anak yang sememangnya daripada lahir lagi anaknya itu menghidapi 5 jenis penyakit yang hanya boleh bertahan sekejap sahaja selepas lahir. Namun kuasa tuhan yang mengatasi segala-galanya, anak itu dapat hidup sehingga usianya mencecah 4 tahun. Perjalanan ibu tersebut dalam membesarkan anak istimewa ini amat mengagumkan saya kerana saya melihat daripada segi ketabahan, keredhaan dan juga kasih sayang yang wujud ada pada ibu itu walhal dia mengetahui bahawa anak istimewa ini akan pergi pada bila-bila masa namun dia tetap terus cuba untuk memberikan yang terbaik untuk anaknya.

saya cuba membayangkan sekiranya saya berada di tempat ibu ini, dalam hati saya tertanya-tanya adakah aku mampu menjadi setabah ibu ini. entahlah wallahualam. bila saya membaca kisah tersebut tiba-tiba terlintas di kotak pemikiran saya, anak yang saya hantar kepada rumah ibu saya sementara saya keluar bekerja. satu perasaan yang luar biasa saya alami dimana saya terasa ingin saya pulang ke rumah secepat yang mungkin untuk memeluk dan mencium anak saya. saya sebenarnya rasa bersalah pada anak saya kerana setiap kali dia melakukan perkara yang tidak saya sukai,  saya akan marah dan memukul. Namun pukulan tersebut tidak lah sampai mencederakan sebaliknya dipanggil pukulan sayang namun kesannya tetap ada. saya sedari, setiap kali saya marah dan memukul anak saya, terdapat perubahan emosi yang berlaku pada diri anak saya. Kecenderungan untuk anak saya melakukan perkara yang saya tidak sukai berlipat kali ganda berlaku. malah dia akan merengek tak tentu pasal dan mula mencederakan diri sendiri.

Disebabkan itulah setelah saya membaca kisah ibu tadi, saya bermuhasabah diri dan mencari cara yang bagaimana yang boleh menggembirakan anak saya dalam melaksanakan tanggungjawab saya sebagai ibu. bukan senang untuk mendidik anak, membuat anak gembira terutama sekali bagi anak yang sedang sakit. bagi pendapat saya, pengorbanan seorang ibu tidak berbelah bagi malah kasih sayang seorg ibu juga melebihi kasih sayang daripada seorang bapa sama ada ianya untuk anak perempuan baik untuk anak lelaki. ini kerana anak-anak ini sentiasa berada disisi ibu sejak dari dalam rahim lagi sehinggala usia mereka meningkat remaja. kita harus ingat sewaktu kecil ibu lah yang menyuap nasi ke dalam mulut, ibu lah yang terlebih dahulu yang berada di hadapan sekiranya anak itu sakit, ibulah peneman diwaktu tidur dan ibulah segala-galanya bagi seorang anak. Tanpa ibu siapalah kita.

untuk para ibu yang berada diluar sana yang mengalami situasi yang serupa dengan cerita yang telah saya baca. Percayalah pengorbanan anda tidak akan sia-sia. bagi ibu yang beragama islam, insyaallah pengorbanan anda akan dibalas diakhirat. saya juga berharap agar saya dapat menjadi ibu yang baik dalam mendidik anak-anak dan juga dapat menjadi ibu yang tabah seperti ibu tadi. saya mendoakan arwah adik fahreen tenang berada disana. buat ibu arwah adik fahreen Pn. Jamilah sesungguhnya anda sememamgnya seorang ibu yang tabah. Mungkin anda akan sentiasa teringat keletah arwah dan itulah naluri keibuanebenar yang penuh kasih sayang  dan tidak berbelah bagi. Berikut adalah gambar arwah yang sengaja saya jadikan wallpaper pada komputer saya untuk mengingatkan saya ketabahan ibu arwah dalam menjaga arwah semenjak arwah lahir sehingga arwah meninggalkan dunia yang fana ini. Al- Fatihah buat arwah.....


                              gambar adik iqbal fahreen ketika di IJN



Tuesday 9 August 2011

ceriter selepas kahwin....

Assalammualaikum.....

alkisahnya bermula 3 minggu selepas hari perkahwinan aku dan suamiku iaitu 4.5.2008 (hari kelahiranku), aku terasa macam x sedap badan tapi makan bertambah... suamiku terkejut almaklumla ... semasa bertunang aku bukannya jenis makan banyak n then memang aku sentiasa jaga pemakananku pada masa yang sama memang cover la... yer la takkan nak tunjukkan perangai tak semegah kita nie betul tak?....ini seleranyer bukan main lagi... kalau lauk tak penuh memang tak sah.... bukan suamiku sahaja yang pelik dan aku-aku sekali pelik. bila dah rasa pelik mulala otak berfikir macam-macam...

Sehinggalah husband aku tetiba tanya aku soalan ... entah-entah na nie mengandung tak..? aku memang ada terpikir juga tapi masalahnya akunyer period time belum tiba lagi n then takkan la tetiba plak aku pregnant padahal baru 3 minggu kahwin...tapi disebabkan perasaan ingin tahu itu terlalu mendalam.... dengan segeranya aku dan husband aku pergi ke farmasi untuk membeli pregnancy test....check punya check negatif... uiks... negatif la pulak... tapi dalam hati tuh berbunga-bunga harapan la manala taukan bunting pelamin ker ... heheheh..

Pada keesokan harinya tetiba aku rasa sakit period pain...yang aku musykilnya waktu period aku lambat lagi ada lebih kurang 2 minggu tapi kenapa dah sakit dulu... memang pelik... berlarutan sampai 2 atau 3 hari plak tuh... tapi aku rasa bersyukur sangat masa aku sakit period pain tuh aku duduk jerk kat rumah sebab aku dah ambil cuti kahwin selama sebulan... lama kan..? hahaha... masa aku nak apply cuti kahwin sebulan tuh... rakan-rakan office aku semuanya berkata sekadar gurauan 'tuh cuti kahwin lama-lama tuh nak proses buat anak ler tuh'...hahahahah... aku sekadar ketawa besar... pandai-pandai jerkla diorg nie buat telahan... ntah apa-apa...

selang beberapa hari kemudian... suami aku balik dari kerja (masa ini aku cuti lagi yer) terus dia serahkan beg plastik yang ada barang di dalamnya.. aku pelik ler... tetiba jerk nak bagi hadiah kat aku...sekali aku tengok barang di dalamnya pregnancy test da...suami aku siap cakap lagi 'yang check hari tuh x valid sebenarnya..' uiks... sejak bila plak suami aku nie jadik doktor pelik plak aku... tapi aku cuma check pada keesokan harinya pada waktu pagi dimana ianya merupakan urine (dalam bahasa melayunya air kencing ler) yang pertama sebab aku teringat member aku office aku pernah bagitau kalau nak check guna pregnancy test kena guna diwaktu itu sebab kadar HCG (human chorionic gonadotrophin) pada waktu itu mungkin tinggi. Hasil ujian tersebut, berbunga-bunga hati aku... rasa nak meloncat-loncat jerk... sebab positive (+) ..hahaha walaupun benda x confirm tapi aku dah happy...yahuuuuuu..

minggu depannya, aku masuk kerja dah... terus pergi klinik panel kononnya untuk confirmkan betul ker aku pregnant... semasa berjumpa Doktor yang bernama Dr. Gill, beliau ada bertanyakan tarikh terakhir aku period. bila dia kira, dia tanya aku balik macammana aku tau aku pregnant.. aduila doktor nie ... aku rasa dia lupa kot kat farmasi ada jual pregnancy test. dia kata lagi due tarikh aku period x lepas lagi...ternganga aku kejap.. apa kena mengena plak dengan due tarikh aku period...tapi aku terus cakap ' i know based on pregnancy test that i bought from pharmacy and after i check its show +'... Dr. Gill tue terdiam sekejap... akhirnya dia buat ujian tuh sekali lagi... keputusan yang sama juga... POSITIVE.... hahahahha .. but dia dah advice awal-awal ler jangan buat kerja berat and jangan berharap sangat sebab early prengnancy sebenarnya waktu yang tidak stabil because of ada masa ianya akan jadi miscarriage (gugur)... tapi apa pun aku tetap happy... perkara negatif belakang kira... dapatla status BUNTING PELAMIN...

i listened to her advised and at the same time i told about it to my husband... so, suami aku memang x bagi la aku buat kerja macam2.. dilayan ibarat permaisuri (wahahaha saat2 bahagia waktu ini.. bye..bye kerja rumah). Semasa pregnant bulan yang pertama .. aku relax lagik.. tak der muntah-muntah and what so ever. But bila masuk 2nd month of pregnancy... everything become weird... aku dapat dah alahan ... aku langsung x boleh makan .. mesti akan keluar balik...minum air pun x boleh even air masak or air mineral totally akan keluar balik... yang paling best tak hingat punya ...bila aku kat office aku jadik lemah selemahnya tapi bila kat rumah aku agak segar sikit walaupun aku muntah2... officemate aku semua jadik pelik... aku rasa ini mesti simptom benci office nie...

Alahan ini berlarutan sehingga la aku mengandung 6 bulan... dalam tempoh itu aku cuba macam2 untuk mengurangkan alahan sehinggala suatu hari mak aku bawa 2 botol air mineral bacaan Yassin...mak aku bagi kat aku air mineral tuh... aku pun mula minum sikit-sikit... lepas minum beberapa hari... aku mula rasa perbezaan yang agak ketara la.... aku dah kurang muntah... kat office pun dah kurang muntah... n then dah larat buat kerja office sikit-sikit.... kalau tak kesian Assistance aku Anwar Halim.. dia yang back up kerja-kerja aku......

Aku amalkan minum air Yassin tuh sampai la kandungan aku cukup bulan. sebenarnya khasiat air Yassin nie memang banyak yang pertamanya boleh menggelakkan kandungan kita dan kita sekali dari gangguan Syaitan yang durjana. keduanya membersihkan hati kita. Ketiganya dapat membantu kita juga dalam proses bersalin (menggantikan air selusuh dan seangkatan dengannya) dan banyak lagi.

lagi 4 hari aku nak bersalin, aku masih mampu lagi pergi buat lawatan ke sebuah IPT.. sehinggala ada petang tu.. aku rasa macam basah sikit kat belakang baju... jeng..jeng..jeng.. masa tu aku masih ada lawatan kat IPT yang sama bersama seorang rakan kerja. Memandangkan rakan sekerja aku tuh memang dah berpengalaman dalam perkara ini, pada dia aku khabarkan pasal kebasahan tersebut... dengan muka paniknya dia berkata kat aku 'nana, ntah-ntah air ketuban ko tuh.... ko ok ke tak .. ko rasa sakit-sakit tak?'. masalahnya aku tak tau pun air ketuban tuh macammana rupanya n then aku x rasa sakit apa-apa pun.

sudahnya aku call makcik aku yang sememangnya jururawat di hospital klang dan aku dinasihatkan untuk ke hospital n then pakai sanitary pad. Sampai jer kat rumah, aku bagitau pada mak n abah aku... apa lagi diorg lagik kelam kabut... suruh aku packing baju la n macam2... kebetulan plak mak aku masak sedap masa tuh.. .asam pedas ikan tenggiri seingat aku.... my favourite food..aku sempat la makan lagik sambil tunggu husband aku balik dari kerja untuk pergi ke hospital. mak aku dah tentu arah... asyik tanya sakit ker idak.. sakit ker idak.. aku nie jenuh la nak menjawab tak sakit...husband aku sampai jerk kat umah .. mak aku dah suruh dah bawa aku pergi hospital ..aik x sabarnya... bagila husband aku mandi dulu ker makan dulu ker... aku pun tengah makan lagi... lepas makan baru la kami pergi beramai-ramai kat PPUM.. dalam ramai-ramai hanya 2 orang jerk takder mak aku n adik aku yang bongsu sebab mak aku kena jaga rumah n adik aku temankan mak aku. aku pergi ke hospital pada hari khamis.

aku pun masuk kat labor room....check2 rupanya saluran pintu rahim x buka lagik... then terus pergi scan untuk tengok sama ada air ketuban cukup ker tak cukup... air ketuban memang cukup.. tapi aku tetap dinasihatkan untuk stay kat PPUM...lebih kurang dalam pukul 2.00 pagi hari jumaat.. nurse datang untuk check tekanan darah n nak check pergerakan baby.. tapi aku minta izin nak pergi toilet sebab aku rasa x selesa n lain macam...sekali tengok pada sanitary pad ada darah... aku bagitau pada nurse... dia minta aku tunjukkan... dia pun tengok.. .. dimaklumkan pada nurse-nurse dengan nada menjerit sikit kat situh "Puan. Suhana dah ada tanda show, so get really". aku pada mulanya x paham la... tiba2 jerk... lepas tu diorg kelam kabut amik pressure aku n check nadi anak aku dalam perut... aku tanya la kenapa... then barula nurse tuh bagitau aku dah ada tanda nak bersalin...uiks... blur sekejap...

adik beradik aku yang mempunyai semangat kesukanan memang menunggu aku termasuk dengan suami aku... nak tidur together2 .. x boleh la yer.. katil x muat.. hahaha... hari jumaat dah berlalu aku masih x rasa nak bersalin... cuma rasa ngilu ada la...tapi yg aku x tahan sekali adalah contraction yang menyebabkan aku jadik mengah... petang jumaat juga aku dibenarkan keluar wad ... sebab menurut kata doktor sebab ini 1st baby normally akan amik masa seminggu untuk bersalin then doktor nasihatkan aku banyakkan bergerak untuk mudah bersalin...hari sabtu pun berlalu tapi aku tetap berjalan-jalan kawasan sekeliling perumahan mak aku.. kebetulan ada seorang anak jiran tuh suruh aku beli air musoffa (tahu tak air apa ni, air nie merupakan air yang mengandungi ayat-ayat al-quran yang ditulis menggunakan dakwat za'faran) tapi contraction dah makin kerap... hari sabtu malamnya memang aku x dapat tidur sebab contraction makin lama makin kerap... pada pukul 5 pagi hari ahad aku dah x tahan dengan contraction yang semakin lama semakin kerap..aku bagitau mak n abah aku... diorg kelam kabut.. mak aku panggil adik beradik aku n then kejutkan suami aku yang tengah sedap tido...dalam contraction tuh air mata aku senang jerk keluar... bukannya apa tau sakitnya idak yang sayu n campur gembira bila tengok mak, abah n adik beradik yang semangat kesukanan nak hantar aku ke hospital kali kedua.

aku telah diarahkan untuk masuk ke labor room. doktor datang check then maklumkan pintu rahim aku dah buka 4 cm pagi tuh... dia kata aku dah boleh bersalin sebenarnya...tapi dia x bagi aku bersalin sebab dia nak suntik antibiotik setiap 2 jam sebanyak 2 kali....last antibiotik dia suntik pada pukul 11.00 pagi ahad tu kalau tak silap aku... x lama kemudian doktor datang pecahkan air ketuban... aku dapat rasa tau air ketuban tuh keluar.. suam-suam ajerk... then x rasa sakit lagik... lepas air ketuban habis keluar baru rasa sakit yang teramat sangat... lebih dari sakit senggugut masa period pain...aku istighfar banyak2... nurse bagi aku bekalan oksigen nak kurangkan sakit.... tapi tetap sakit ... aduiiiiii.... aku memang x amik ubat tahan sakit ataupun epidural... sebab aku allergic ubat.. aku memang x boleh ambil ubat sebarangan...jadik bila x amik ubat tuh memang terasa la sakitnya...tapi aku ingat pesan mak aku .. kalau sakit jangan jerit-jerit...aku x nak jadik macam kakak india yang dalam bilik labor room satu lagi... dia jerit kuat tau.. aiyooo maaa.... aiyooo paaaa... tapi dah sakitkan nak buat macammana... kita yang islam nie kena la istighfar walaupun kesakitan itu terlampau sakitnya...

Alhamdulillah... aku sakit memang x lama lebih kurang setengah jam ajer... dalam pukul 1.00 lebih ( aku dah tak ingat dah lebihnya banyak mana) aku selamat lahirkan anak aku yang pertama pada 18.1.2009...lega... aku push pun memang x lama sekejap jerk... sampai doktor pun pelik ini 1st baby u kan... pandai yer u teran... nak tau apa tipsnya belajar la dari org yang dah berpengalaman cara teran... kalau rajin pergi ke kelas ibu mengandung... aku memang x pergi kelas tapi aku belajar dengan makcik aku yang kerja nurse tuh... TQ to my makcik yang banyak membantu semasa aku mengandung dan melahirkan... n banyak pantang larang org dulu-dulu yang aku belajar dari makcik aku....its worth...anak aku itu aku namakan SHAFFUL HARRAZ.... nak tengok rupa dia masa baby........tara

                                          Saya dah keluar dah...